Sistem Pendidikan
Sistematik Insyirah

Pengimbang pengisian dan tuntutan kehidupan duniawi dan ukharawi yang setaraf dengan kehendak semasa dalam bidang pendidikan

Al-Quran

Teras ilmu dan amal dalam pendidikan

Hafazan Quran

Menggunakan kaedah sistematik Insyirah.Ukur kemampuan pelajar mengikut tahap: –

  • Asas ( Iqra’ + Hafazan ayat lazim )
  • Permulaan (1 juzu’ – 5 juzu’)
  • Pertengahan (5 juzu’ – 15 juzu’)
  • Lanjutan (15 juzu’ ke atas)

Tadabbur

Memahami makna kalimah dan terjemahan al-Quran; berusaha mengaplikasi dalam kehidupan seharian

Tahsin Tilawah Dan Tajwid

Memahirkan bacaan dan hafazan al-Quran yang baik dan bertajwid.

Al-Hadith

Memahami Sunnah & Iktibar Nabawi

Hafazan Hadith

Menggunakan kaedah sistematik Insyirah;

Pelajar membaca, melancar dan menghafaz mengikut tahap dan keboleh upayaan tahap umur mengingat. Dianggarkan pelajar akan menghafaz sebanyak 176 al-Hadith. ( dari darjah 1 – tingkatan 5 )

Aplikasi Akademik

Asas Kemahiran & Ikhtiar Hidup

Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA)

Peringkat membina kemahiran dan pengukuhan.

Sekolah Rendah – Menengah

Peringkat Rendah: Membina kemahiran, penerokaan dan aplikasi ilmu serta menjana kemahiran berfikir; melalui ilmu yang benar dan bermanfaat.

Peringkat Menengah: Penumpuan peperiksaan SPM yang dirangka khas bagi memaksimumkan kefahaman dan penguasaan subjek dan meminimumkan penggunaan masa belajar berkualiti tanpa mengabaikan hafazan al-quran.