Sistem Pendidikan
Sistematik Insyirah
Al-Quran
Hafazan Quran
Menggunakan kaedah sistematik Insyirah.Ukur kemampuan pelajar mengikut tahap: –
- Asas ( Iqra’ + Hafazan ayat lazim )
- Permulaan (1 juzu’ – 5 juzu’)
- Pertengahan (5 juzu’ – 15 juzu’)
- Lanjutan (15 juzu’ ke atas)
Tadabbur
Memahami makna kalimah dan terjemahan al-Quran; berusaha mengaplikasi dalam kehidupan seharian
Tahsin Tilawah Dan Tajwid
Memahirkan bacaan dan hafazan al-Quran yang baik dan bertajwid.
Al-Hadith
Hafazan Hadith
Menggunakan kaedah sistematik Insyirah;
Pelajar membaca, melancar dan menghafaz mengikut tahap dan keboleh upayaan tahap umur mengingat. Dianggarkan pelajar akan menghafaz sebanyak 176 al-Hadith. ( dari darjah 1 – tingkatan 5 )
Aplikasi Akademik
Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA)
Peringkat membina kemahiran dan pengukuhan.
Sekolah Rendah – Menengah
Peringkat Rendah: Membina kemahiran, penerokaan dan aplikasi ilmu serta menjana kemahiran berfikir; melalui ilmu yang benar dan bermanfaat.
Peringkat Menengah: Penumpuan peperiksaan SPM yang dirangka khas bagi memaksimumkan kefahaman dan penguasaan subjek dan meminimumkan penggunaan masa belajar berkualiti tanpa mengabaikan hafazan al-quran.